Dua anggota tentera dihempap pokok stabil - Utusan Malaysia

Dua anggota tentera dihempap pokok stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 28 Jun – Dua anggota tentera yang dihempap sebatang pokok besar semasa bertugas dalam operasi di hutan Royal Belum di Perak, Isnin lalu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, kedua-dua anggota, Mohd. Haizol Kamsiran dan Willian Nisau Anak Atong masing-masing berusia 30-an mengalami patah tulang pinggul dan tulang belakang dan kini dirawat di Hospital Taiping.

“Bagaimanapun, keadaan mereka kini stabil selepas menerima rawatan di hospital tersebut,” katanya dalam sidang akhbar ketika Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kem Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat serta Pelancaran Sambungan WiFi Berkelajuan Tinggi di Kem Segenting di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif TM ONE, Azizi A. Hadi.

Dalam kejadian Isnin lalu, dua anggota tentera maut manakala dua lagi cedera akibat dihempap pokok ketika mereka tidur di dalam khemah semasa operasi di hutan tersebut.

Menurut Zulkiple, pihaknya akan berusaha memastikan segala bentuk pampasan dan bantuan akan disalurkan bagi membantu ahli keluarga mangsa yang terkorban dan cedera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini