TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di sini untuk lawatan kerja tiga hari ke ibu negara Jepun yang juga merupakan lawatan pertamanya ke luar negara selepas dilantik ke jawatan itu bulan lepas.
Atur cara lawatan beliau meliputi mesyuarat dan temu bual media bermula dengan majlis makan malam bersama komuniti rakyat Malaysia di negara ini.
Terdahulu, pesawat yang membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda kira-kira pukul 4.55 petang waktu Malaysia atau satu jam lewat daripada waktu tempatan.
Dr. Mahathir yang berada di sini khusus untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei ke-24 mulai semalam hingga 12 Jun diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan para pegawai Kementerian Luar.










