TOKYO 10 Jun – Jepun menjadi destinasi pertama lawatan ke luar negara oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, selepas dilantik semula menjadi Perdana Menteri ekoran kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu. Dr. Mahathir diiringi isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Tokyo hari ini untuk lawatan kerja selama tiga hari termasuk menghadiri dan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei. Ketibaan beliau disambut oleh Naib Menteri Luar…










