Doktor makan suap dijel 10 tahun - Utusan Malaysia

Doktor makan suap dijel 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Bekas Pakar Patalogi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), Dr R. Kunaseegaran, 55, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM7 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah berjumlah RM700,000 lima tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Rozilah memutuskan tertuduh dijatuhi hukuman penjara masing-masing lima tahun serta denda RM3.5 juta dan hukuman diarahkan berjalan serentak daripada tarikh tangkapan.

Rozilah turut memerintah tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara dua tahun sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh tidak membayar wang itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan pertama, Kunaseegaran didakwa meminta rasuah berjumlah RM700,000 daripada Abdul Razar Abdullah, 48, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai upah mencadangkan RAZ Medical Supplies Sdn. Bhd., B&S Enterprise dan Caramed Global Sdn. Bhd. menjadi pembekal ubat serta perkakas perubatan di HATTM bagi tahun 2013.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini