SEKUAT kocakan air di kolam renang, begitu juga kuat tamparan yang diterima kem terjun negara setelah terpaksa mengalami perubahan drastik ekoran pertukaran barisan kejurulatihan tahun lalu. Skuad prospek pingat negara yang baru melalui pelbagai episod duka tahun lalu kini menghadapi cabaran besar untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan teknik latihan baharu. Lebih parah, keupayaan mereka terus diuji di pentas temasya kedua terbesar dunia, Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia, April…










