KALININGRAD, Rusia 27 Jun – Bintang serba boleh Tottenham, Eric Dier dijangka berada dalam kesebelasan utama England menggantikan Jordan Henderson apabila menentang Belgium pada perlawanan penentuan juara Kumpulan G, Jumaat ini (pukul 2 pagi waktu Malaysia). Selain Dier, pengendali Three Lions, Gareth Southgate juga dijangka menggunakan Gary Cahill, Phil Jones, Danny Welbeck serta pertahanan muda Liverpool, Trent Alexander-Arnold. Southgate yang mahu merehatkan beberapa tonggak bagi memberi tumpuan kepada aksi peringkat…










