LUKISAN kaligrafi yang tergantung di tengah-tengah pusat beli-belah Melawati, Ampang, Selangor pantas menarik pemerhatian sesiapa yang melihatnya. Kalimah ayat-ayat suci yang tertera di atas kanvas pelbagai warna itu ditulis dengan kemas dan terang. Melihat karya seni islamik itu ia sedikit sebanyak mampu membangkitkan rasa keinsafan dalam menjadi mukmin yang sejati. Menurut pemilik Canvas Couple, Abdul Aziz Mohd. Yusof, 33, keistimewaan lukisan kaligrafi yang dikeluarkan perniagaannya terletak pada cara ia dihasilkan.…










