IPOH – Kerajaan negeri Perak akan memecat lebih ramai pegawai kanan di beberapa buah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang dilantik di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.
Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya bagaimanapun tidak akan terburu-buru melakukan perkara tersebut berikutan pegawai kanan yang berkhidmat di GLC di negeri ini masih terikat dengan kontrak perkhidmatan mereka.
Jelasnya, sekiranya pemecatan itu dilakukan dengan segera, ia juga akan menyulitkan kewangan GLC berikutan kerajaan negeri perlu membayar pampasan kepada pegawai kanan yang terlibat.
“Seperti dalam manifesto Pakatan Harapan, kita berjanji akan menyediakan unit audit kepada semua GLC dan ia akan dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri. Ketika itu, saya percaya semua akan mendapat maklumat mengenai perkara ini.
“Setakat ini saya tiada jumlah sebenar (pegawai kanan yang akan dipecat). Kita perlu lakukan dengan penuh bijaksana kerana tujuan kita bukan untuk membuang orang, namun ia dijalankan untuk menyelamatkan syarikat milik rakyat,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











