SEORANG ibu menjadi lumpuh, tidak dapat bercakap dan terpaksa makan menggunakan penyedut minuman selepas digigit seekor kutu ketika berada di kawasan taman di rumahnya. Rachel Foulkes-Davies, 43, digigit kutu tersebut pada lehernya, namun dia pada mulanya menyangka gigitan itu tidak mendatangkan sebarang bahaya sebelum bibirnya menjadi kebas dan sebelah wajahnya senget beberapa hari kemudian. Doktor mulanya beranggapan dia menghidap Bell’s Palsy iaitu penyakit kelumpuhan muka dan merawatnya dengan prednisolone iaitu…










