Dendam atau rakyat perlu diutamakan? - Utusan Malaysia

Dendam atau rakyat perlu diutamakan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, APA yang saya perhatikan, tindak-tanduk kerajaan diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya tidak sabar untuk melunaskan dendam terhadap bekas Perdana Menteri.

Siasatan mengenai 1MDB disegerakan walaupun baru sahaja mengangkat sumpah jawatan.

Adakah dengan menyegerakan siasatan 1MDB, akan memberikan faedah besar kepada rakyat?

Adakah harga barang keperluan akan turun mendadak? Saya juga berharap Dr. Mahathir dapat juga membuka siasatan terhadap skandal-skandal yang berlaku semasa 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri dahulu.

Selain itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng berkenaan hutang negara begitu angkuh dan sombong seolah-olah hanya beliau yang pandai menguruskan kewangan dan ekonomi. Saya juga hairan adakah beliau sebenarnya Menteri Kewangan atau bekerja di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

Beliau seperti lebih berminat untuk mencari kesalahan dan melakukan pembongkaran salah guna kuasa yang kononnya dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

 

CEMUIH TENGOK

Alor Setar, Kedah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN