Ramai peminat tidak tidur malam semata-mata mahu menyaksikan perlawanan bola sepak piala dunia secara langsung dari Rusia. Terdapat juga kenalan isteri penulis sanggup pergi ke restoran untuk menonton perlawanan itu secara langsung menerusi televisyen ketika balik kampung untuk menyambut hari raya. Bukan setakat menyaksikan sahaja, peminat tegar turut memberi pelbagai komen umpama jurulatih tidak bertauliah selepas perlawanan berakhir. Beberapa rakan penulis juga memberi pandangan sejurus selepas menonton perlawanan bola sepak…










