DBKL, Think City naik taraf Lorong Bandar 13 - Utusan Malaysia

DBKL, Think City naik taraf Lorong Bandar 13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Jun – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Think City Sdn. Bhd. (Think City) akan melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf Lorong Bandar 13 di sini sebagai usaha mewujudkan lorong yang selamat, bersih dan berfungsi dengan baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah berkata, kawasan tersebut merupakan salah satu daripada sembilan lorong bersejarah yang dipilih untuk dinaik taraf dalam meningkatkan daya tarikan pelancong selain memupuk amalan hijau di ibu kota.

“Inisiatif ini bukan sahaja memberi nafas baharu dalam persekitaran lorong berkenaan malah kepada pejalan kaki khasnya penghuni dan peniaga tempatan akan berasa lebih selamat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Naik Taraf Lorong Bandar 13 hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Program Think City Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Dr. Neil Khor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini