DBKL teliti pembangunan semula Pasar Keramat, PA Sri Perlis 1 dan 2 - Utusan Malaysia

DBKL teliti pembangunan semula Pasar Keramat, PA Sri Perlis 1 dan 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Jun – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mempertimbangkan permohonan cadangan pembangunan semula Pasar Keramat dan Perumahan Awam (PA) Sri Perlis 1 dan 2 oleh Tetuan Sinotech Sdn. Bhd dan Tetuan DB Integra Sdn. Bhd.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd. berkata, cadangan itu perlu melalui proses undang-undang memandangkan projek berkenaan melibatkan perubahan kepadatan penduduk dan pertukaran penggunaan tanah daripada kediaman kepada perdagangan.

“Kaedah ini akan memberikan hak kepada orang awam untuk melontarkan pandangan atau bantahan terhadap sesuatu cadangan pembangunan kepada DBKL.

“DBKL telah memberikan notis kepada pihak akhbar bermula semalam sehingga 6 Jun ini termasuk mendirikan papan kenyataan bagi memaklumkan tentang perkara tersebut di kawasan cadangan pembangunan.

“Sehubungan itu, orang awam boleh mengemukan bantahan selewat-lewatnya pada 19 Jun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurutnya, setakat ini tiada sebarang perintah pembangunan (DO) dikeluarkan pihaknya dan cadangan projek itu masih lagi dalam pertimbangan Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) DBKL. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini