KUALA LUMPUR – Dasar Keluarga Negara akan diperkasakan melalui Majlis Penasihat dan Perundingan Keluarga Negara (MPPKN) bagi mengukuhkan institusi keluarga di negara ini dalam menghadapi perubahan cabaran pada masa akan datang. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, MPPKN akan dianggotai oleh pakar-pakar dalam pelbagai bidang kekeluargaan bagi memberi input dan cadangan memperkasakan institusi keluarga di negara ini. “Pelaksanaan Dasar Keluarga Negara akan dikaji dengan mengambil…










