Daren mula fokus Kejohanan Dunia - Utusan Malaysia

Daren mula fokus Kejohanan Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Liew Daren mengakui sedang berada dalam tempoh persiapan bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Nanjing, China bulan depan.

Pemain yang berada pada ranking ke-39 dunia itu berkata, beberapa kejohanan termasuk Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia serta Terbuka Thailand mampu menjadi pentas pemanas badan sebelum ke Kejohanan Dunia.

Katanya, bagi menampilkan aksi yang lebih baik pada kejohanan tahunan itu, dia perlu memperbaiki semua kelemahan serta mengerah segala kudrat ketika menjalani sesi latihan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya saya tidak bimbang sangat apabila tewas pada hari ini kerana Terbuka Malaysia bukanlah sasaran utama saya selain menyertainya pada saat-saat akhir. Fokus utama saya adalah Terbuka Thailand dan Terbuka Indonesia.

“Saya akui kejohanan-kejohanan tersebut akan menjadi pentas untuk saya memperkemaskan permainan sebelum berangkat ke Kejohanan Dunia di Nanjing bulan depan,” katanya ketika ditemui selepas tewas pada pusingan pertama Terbuka Malaysia tadi.

Justeru, bekas pemain kebangsaan itu pastinya mengharapkan sentuhan jurulatih, Rashid Sidek yang sudah membimbingnya lebih 10 tahun bagi mendapatkan rentak terbaik sebelum ke Nanjing.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekalahan 18-21, 17-21 kepada pemain Indonesia, Jonatan Christie pada pusingan pertama tadi, Daren mengakui ia berpunca daripada kurang persiapan memandangkan namanya dimasukkan selaku pemain gantian.

“Punca kekalahan hari ini adalah kerana kurang persiapan memandangkan saya diberitahu Isnin lepas akan menyertai Terbuka Malaysia, jadi saya sedikit bergelut berdepan Jonatan,” ujarnya lagi. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini