BAITULMUQADDIS 6 Jun – Israel memaklumkan bahawa siasatan awal terhadap kes pembunuhan sukarelawan perubatan wanita warga Palestin baru-baru ini mendapati mangsa ditembak secara tidak sengaja oleh tentera Israel. Tentera Israel dalam kenyataannya berkata, siasatan awal itu menunjukkan hanya sejumlah kecil peluru dilepaskan dan tiada sebarang sasaran dibuat terhadap mana-mana petugas perubatan termasuk Razan ketika insiden itu berlaku. “Siasatan akan diteruskan dan hasilnya akan diteliti pegawai tertinggi tentera Israel sebelum diserahkan…










