Croatia mahu atasi pencapaian 1998 - Utusan Malaysia

Croatia mahu atasi pencapaian 1998

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOCHI, Rusia 27 Jun – Selepas melepasi antara kumpulan paling sukar dalam Piala Dunia 2018, Croatia bersedia untuk mengatasi pencapaian terbaik 1998 apabila tewas pada separuh akhir kepada juara kejohanan, Perancis.

Kemenangan 2-1 ke atas Iceland, awal pagi tadi memastikan skuad bimbingan Zlatko Dalic itu melangkah ke peringkat kalah mati selaku juara Kumpulan D, mengatasi naib juara 2014, Argentina.

Skuad Vatreni kini mengimpikan untuk menyamai atau mengatasi pencapaian tempat ketiga pada 1998, ketika membuat penampilan sulung dalam Piala Dunia sebagai negara merdeka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami harus percaya kepada kualiti kami dan menghormati semua lawan, namun dalam masa sama kami tidak harus mengakui orang lain adalah lebih baik daripada kami,” kata Dalic.

Croatia dan Uruguay adalah satu-satunya pasukan yang memenangi kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan setakat ini.

Tidak mengejutkan, mereka amat menyerlah di bahagian tengah diketuai bintang Barcelona, Ivan Rakitic dan tonggak Real Madrid, Luka Modric, yang kedua-duanya sudah berusia 30-an dan membuat penampilan terakhir dalam Piala Dunia.

Modrid, 32, antara pemain paling menyerlah dalam kejohanan setakat ini, malah dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan ketika Croatia melakar kemenangan sensasi 3-0 ke atas Argentina.

Selain diperkuatkan oleh ‘orang lama’, Croatia juga mendapat sentuhan pemain generasi baharu yang berbakat seperti Ante Rebic, Mateo Kovacic dan Marcelo Brozovic – semuanya yang beraksi dalam liga utama di Eropah.

Croatia kini akan menentang Denmark dalam perlawanan pusingan 16 akhir pada 2 Julai depan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini