Costa Rica 'ikat' Switzerland - Utusan Malaysia

Costa Rica ‘ikat’ Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Pasukan Switzerland terpaksa berpuas hati dengan status naib juara Kumpulan F selepas seri 2-2 dengan Costa Rica dalam aksi terakhir peringkat kumpulan F yang berlangsung di Stadium Nizhny Novgorod sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini kerana pasukan pilihan, Brazil telah meraih tiga mata penuh dengan menewaskan Serbia 2-0 sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai juara kumpulan.

Keputusan tersebut juga menyaksikan pasukan yang menduduki ranking ke-6 dunia itu bakal membuat perhitungan dengan satu lagi wakil benua Eropah, Sweden manakala Brazil akan menentang Mexico pada pusingan kedua minggu depan.

Pada perlawanan tersebut, Costa Rica yang sudah sah tersingkir beraksi dengan penuh bermaruah tetapi gagal menyekat gol pembukaan Switzerland yang diperoleh menerusi Blerim Dzemaili pada minit ke-33 selepas menerima umpanan Breel Embolo.

Wakil benua Amerika Selatan itu berjaya menyamakan kedudukan menerusi Kendall Waston yang menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-56 hasil daripada sepakan penjuru.

Pemain lincah Switzerland, Josip Drmic hampir memberikan tiga mata penuh selepas meledak gol cantik pada minit ke-88.

Namun, Costa Rica dihadiahkan sepakan penalti selepas penyerangnya, Joel Campbell dikasari pada masa kecederaan.

Peluang keemasan tersebut berjaya disempurkan oleh ketua pasukan, Bryan Ruiz sekali gus menjadikan keputusan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini