1
Saat berbuka kita leka melayan selera
hidangan tersedia di atas meja oh banyaknya
mana satu mahu dirasa untuk masa nan seketika cuma
walhal itulah saat Allah menunggu doa kita.
11
Lain kali tidak payah dihidangkan semua
sudah tersedia mana mungkin ditinggal begitu sahaja
apa hukumnya
disiplin makan mesti dijaga
lepas tarawih masih ada masa
belajarlah erti sabar dan jangan buruk sangka.
111
Anak-anaku kau sudah besar dan meniti dewasa
jagalah tertib dan kesopananmu setiap ketika
makanan ini untuk dan apa hukumnya
sehingga terburu-buru mahu dijamah semuanya
tentu tidak elok dari sudut kesihatannya.
1V
Ayah dan ibu tidak pernah tegah kalian mahu makan apa
asal halal bersih baik cara buatannya
jagalah tertib jadikan budaya
bolehkah berhenti sebelum kenyang
apa pendapat kalian?
Abdullah AR,
Teratak Annur Nur, Bandar Seri Jempol










