Colombia waspada bertemu England - Utusan Malaysia

Colombia waspada bertemu England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Ketua jurulatih pasukan Colombia, Jose Pekerman mengakui teruja untuk membuat perhitungan dengan pasukan England dalam pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2018 yang bakal berlangsung minggu depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebagai rekod, Colombia bergelar juara Kumpulan H manakala England sekadar berada di kedudukan kedua Kumpulan G bakal bertemu di pusingan kalah mati yang melibatkan 16 pasukan terbaik nanti.

Jelas Pekerman, pasukannya tidak akan memandang rendah cabaran Three Lions memandangkan mereka telah merehatkan beberapa pemain utama dalam aksi terakhir peringkat kumpulan ketika tewas 0-1 dengan Belgium awal pagi tadi.

“Tiada perlawanan yang mudah apabila berada dalam aksi kalah mati bersama-sama 15 pasukan terbaik dunia yang lain. England adalah pasukan berkualiti dan mereka boleh menampilkan aksi berkelas dunia sekiranya semua pemain berada di tahap yang terbaik.

“Justeru, kami akan terus bersedia seratus peratus dan bakal bekerja keras untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir,” katanya selepas menyaksikan pasukannya menang 1-0 ke atas Senegal semalam. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN