KUALA LUMPUR 8 Jun – Muncul dengan single raya, pasangan ibu dan anak, Rohana Jalil dan Kilafairy tidak menyangka perancangan mereka sejak sekian lama akhirnya diilhamkan pada lebaran tahun ini. Menurut Kilafairy, dia dan ibunya sudah lama merancang untuk mengeluarkan single bersama dan atas permintaan peminat, kedua beranak itu sepakat menyanyikan semula lagu Allahyarham Datuk Sharifah Aini, Nostalgia Aidilfitri. “Lagu itu bukan lagu baharu tetapi kami nyanyikan semula kerana saya…










