KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan apabila mudah mara ke pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2018 yang berlangsung di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil hari ini. Chong Wei tidak berdepan masalah menundukkan pencabarnya, Kazumasa Sakai dari Jepun dengan kemenangan straight set 21-13, 21-10 dalam masa 33 minit pada perlawanan pembukaan perseorangan lelaki itu. Menanti beliau pada perlawanan seterusnya adalah…










