Chong Wei, Axelsen buat perhitungan - Utusan Malaysia

Chong Wei, Axelsen buat perhitungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jun – Jaguh No.1 negara, Datuk Lee Chong Wei akan berdepan cabaran juara dunia, Viktor Axelsen di suku akhir kejohanan badminton Terbuka Malaysia, esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertembungan itu dijadual berlangsung selepas Chong Wei menang 21-7, 21-7 ke atas Hyun Il pada pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.

Dalam aksi terdahulu, Axelsen terpaksa beraksi hingga ke set penentuan sebelum menundukkan wakil Thailand, Tnongsak Saensomboonsuk 23-21, 19-21, 21-11.

“Dia pemain No.1 dunia, tiada apa yang perlu dirisaukan, saya akan beraksi sebaik mungkin di tempat sendiri,” kata Chong Wei selepas tamat permainan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini