KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) akan mengumumkan tidak lama lagi cadangan lain bagi kawalan harga barangan bagi memastikan harga pasaran berpadanan dengan kadar sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang juga sebahagian daripada pasukan lima anggota itu berkata, ia akan diumumkan Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin. “Tetapi saya tidak tahu berapa lama tempohnya,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat harian majlis berkenaan di sini…










