KUALA LUMPUR 30 Jun – Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro) mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Rohana Rozhan berkuat kuasa 31 Januari 2019. ROHANA Menurut Astro, di bawah pentadbiran beliau, pelanggan Astro meningkat daripada dua juta kepada 5.5 juta orang, manakala perolehan berkembang daripada RM1.79 bilion kepada RM5.53 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2018. “Jawatan Rohana akan diambil alih oleh Ketua Pegawai Kandungan dan Pengguna Kumpulan…