Cari mekanisme harga ikan lebih murah - Utusan Malaysia

Cari mekanisme harga ikan lebih murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jun – Persatuan Penternak Ikan Laut Malaysia mahu mencari mekanisme terbaik bagi menawarkan harga ikan laut yang lebih murah untuk rakyat.

Timbalan Presidennya, Mohamed Razali Mohamed, setakat ini permintaan ikan laut di negara ini melebihi penawaran.

Malah, katanya, Malaysia juga merupakan pengimport ikan laut keempat terbesar di dunia selain Amerika Syarikat dan Eropah.

“Kita kini memikirkan pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan bekalan ikan laut di negara ini mencukupi.

“Harga ikan laut juga ditentukan melalui musim atau cuaca iaitu pada musim tengkujuh dan laut bergelora yang menyukarkan para nelayan turun ke laut menyebabkan bekalannya kurang di pasaran selain meningkatkan harga jualan. Jadi, kita memikirkan import adalah merupakan salah satu cara untuk memastikan bekalan ikan laut mencukupi,“ katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Ilham di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN