Cardiff ikat Josh Murphy - Utusan Malaysia

Cardiff ikat Josh Murphy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARDIFF 12 Jun – Cardiff City mengikat pemain sayap, Josh Murphy dari Norwich City dengan kontrak empat tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Josh, 23, yang menjaringkan tujuh gol daripada 41 penampilan bersama Norwich dalam Liga Kejuaraan musim lalu menjadi pembelian pertama pengurus Cardiff, Neil Warnock bagi menghadapi saingan EPL musim depan.

“Saya telah mengikuti perkembangan Josh sejak beberapa tahun dan dia tidak pernah gagal mengujakan saya setiap kali membawa bola.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya fikir, dia berada pada usia yang tepat sekarang dan mampu memberikan lebih banyak lagi dalam permainannya. Dia memang sasaran No. 1 kami sejak hujung musim lalu,” kata Warnock.

Butiran pembelian tidak didedahkan, namun media Britain melaporkan skuad Bluebirds membayar 10 juta pound (RM53.40 juta) untuk pemain kelahiran Wembley, London itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini