Calon Speaker DUN Kedah dikenalpasti - Mukhriz - Utusan Malaysia

Calon Speaker DUN Kedah dikenalpasti – Mukhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Jun – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, calon Speaker and Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sudah dikenalpasti.

Beliau berkata, isu pelantikan speaker DUN sudah selesai dan sidang DUN Kedah akan diadakan pada 4 Julai ini.

“Setakat ini, tiada sebarang masalah dengan pemilihan speaker.

“Calon Speaker adalah dari PKR manakala Timbalan Speaker pula dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, di sini hari ini.

Berhubung situasi politik di Kedah, Mukhriz yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Kedah bekata ia ‘terkawal, aman damai seperti biasa’.

Beliau juga menafikan Kedah akan mengadakan semula piliha raya negeri di negeri itu.

“Tiada mana-mana parti mahu mengadakan pilihan raya negeri. Semua dah penat dari pilihan raya yang lalu,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dilapor menjangkakan berlaku pilihan raya negeri di Kedah berikutan isu pelantikan speaker DUN.

Adalah dilaporkan bahawa kos pilihan raya negeri di Kedah yang mempunyai 36 kerusi DUN dianggarkan RM18 juta. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN