Calon Ketua Wanita UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu mahu pemilihan semula - Utusan Malaysia

Calon Ketua Wanita UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu mahu pemilihan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Calon Ketua Wanita UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd. Noor meminta pemilihan bagi semua jawatan dalam sayap Wanita bahagian itu diadakan semula.

Kata beliau, pemilihan semula perlu dilakukan selepas mendapati kertas undi yang telah ditanda melebihi jumlah 
perwakilan yang hadir pada pemilihan kelmarin iaitu seramai 277 orang.

“Ketika dalam mesyuarat, jumlah perwakilan diumumkan seramai 277 orang tetapi bila dikira, kertas undi bagi jawatan ketua (Wanita bahagian) yang telah ditanda sebanyak 286 keping.

“Jadi, saya buat bantahan kerana kemungkinan ada unsur pengundi hantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Keputusan malam semalam menyaksikan penyandang jawatan itu, Nazira Abd. Rahim mendapat 140 undi manakala Norsabrina mendapat 133 undi dengan 13 undi rosak. 

Justeru, Norsabrina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu meminta pemilihan diadakan semula bagi semua jawatan Wanita bahagian itu iaitu timbalan pengerusi tetap, ketua dan naib ketua serta Ahli Jawatankuasa.

“Saya juga berharap agar proses pengundian pada pemilihan semula nanti dikendalikan oleh UMNO negeri,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN