TOKYO 11 Jun – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Gabenor Bank Negara yang baharu akan diumumkan segera selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.
Katanya, calon yang sesuai sudah dikenal pasti tetapi masih boleh diumumkan selagi belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
“Kita akan melantik segera (Gabenor Bank Negara). Walaupun sudah mengenal pasti orangnya tetapi masih belum boleh mengumumkan sehingga mendapat kebenaran daripada Yang di-Pertuang Agong.
“Sehinggu itu kami tidak boleh mengumumkn nama tersebut,” katanya pada sesi dialog dengan wakil-wakil media asing di Jepun anjuran Kelab Akhbar Kebangsaan Jepun di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kekosongan jawatan tersebut selepas Tan Sri Muhammad Ibrahim meletakkan jawatan ekoran perubahan kerajaan daripada Barsian Nasional kepada Pakatan Harapan.
Dr. Mahathir berada di Jepun sempena lawatan kerja tiga hari ke negara ini termasuk untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) dan beliau dijangka akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe esok.











