JOHOR BAHRU 28 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO meminta setiap calon yang bertanding jawatan tertinggi membuat akujanji secara terbuka setia kepada parti. Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu bagi mengelakkan pihak yang tewas menggunakan alasan berkenaan untuk meninggalkan parti. Katanya, sekiranya ada pihak yang berbuat demikian, tindakan itu sebagai penderhakaan kepada perjuangan parti. “Jangan guna alasan tidak terpilih sebagai penyebab mahu meninggalkan parti dan perjuangan ini. “Jika…










