Sebagai stesen penyiaran milik kerajaan, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) yang bernaung di bawah Jabatan Penyiaran Malaysia bukan macam media swasta. Mengejar rating dengan tujuan untuk mencari sebanyak mungkin pengiklanan bagi memaksimumkan keuntungan bukan menjadi keutamaannya. Kos operasinya ditanggung sepenuhnya oleh wang pembayar cukai yang disalurkan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Matlamat penubuhan organisasi media yang sudah berusia 72 tahun itu seperti yang dizahirkan dalam halaman web RTM adalah untuk menjadi peneraju negara bangsa menerusi perkhidmatan penyiaran berteraskan cita-cita kerajaan melalui pelbagai program radio dan TV, faktual dan bukan faktual. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya