KUALA LUMPUR 29 Jun – Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan ditutup tinggi berikutan aktiviti window dressing (menghias) akaun pertengahan tahun yang berterusan diterajui Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dan Maybank, dalam keadaan sentimen negatif perang perdagangan yang semakin mereda apabila saham-saham di China melantun semula. Pada pukul 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 25.82 mata atau 1.55 peratus lebih tinggi kepada 1,691.50 mata daripada paras penutup 1,665.68…










