MELAKA – Seorang pengusaha kereta sewa dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga Indonesia, yang merupakan pemegang status Penduduk Tetap negara ini, pada awal bulan ini. Shamshuri Mohamad, 48, yang berpakaian lokap, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Lee Kim Keat, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes itu di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi. Dia didakwa melakukan pembunuhan dengan melanggar Yuliana, 40, dengan kereta jenis Perodua Myvi hingga menyebabkan kematian antara…










