Bukan tugas mudah pulihkan imej UMNO - Utusan Malaysia

Bukan tugas mudah pulihkan imej UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 25 Jun – Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui tugas memulihkan semula imej parti itu selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukan sesuatu yang mudah.

Menurut beliau, mereka yang diberi tanggungjawab untuk memimpin parti itu perlu melakukan perubahan termasuk memilih pemimpin yang mampu melaksanakan tugas serta mereka yang tidak terlibat dalam sebarang skandal.

“Saya juga sebelum ini tidak pernah terfikir untuk bertanding sekali lagi dalam pemilihan UMNO, tetapi demi memastikan kepercayaan rakyat terhadap parti ini kembali pulih, saya menyahut seruan itu.

“Usia saya sudah 81 tahun, malah ramai lagi pemimpin UMNO lain yang mampu dan muda tetapi saya berbekalkan tanggungjawab iaitu sayangkan parti ini dan mahu memastikan imej UMNO kembali pulih, walaupun saya tahu tugas ini bukan mudah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata demikian ketika ditemui pada majlis sesi ramah mesra bersama perwakilan UMNO Melaka di D’Village Resort Ayer Keroh di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Seri Ab. Ghaafar Atan; Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Latiff Tamby Chik dan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN