BESUT – Seorang budak lelaki berusia dua tahun ditemui mati lemas dipercayai terjatuh di dalam bekas air selepas bermain di bilik air rumahnya di Kampung Padang Bual, Hulu Besut dekat sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, Muhammad Harif Iskandar Rosli disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan di Unit Kecemasan Hospital Besut di sini. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sewaktu kejadian, kanak-kanak lelaki itu…