Bonda Sultan Johor mangkat di London - Utusan Malaysia

Bonda Sultan Johor mangkat di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Bonda kepada Sultan Johor, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah mangkat di Hospital King Edward VII, London, United Kingdom pagi kelmarin.

Yang Dipertua Jemaah Maj­lis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Almarhumah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 7.55 pagi ketika berusia 82 tahun.

Menurut beliau, jenazah Almarhumah dijangka disema­yamkan di Bilik Singgahsana, Istana Besar di sini selepas tiba dari London bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada Enche’ Besar Hajah Khalsom mengikut peraturan dan waktu yang akan di­umumkan kelak.

“Jenazah Almarhumah di­jangka dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini,” kata beliau selepas mengumumkan kemangkatan Enche’ Besar Hajah Khalsom di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN