JOHOR BAHRU – Bonda Sultan Johor Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, 83, telah mangkat semalam di London. Berita kemangkatan itu disahkan Johor Royal Press Office (RPO) sebentar tadi. “Dukacita dimaklumkan bahawa Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, bonda Sultan Johor telah mangkat di London, kenyataan mengenai pengebumian akan dimaklumkan oleh Jumaah Majlis Diraja Johor,” menurut kenyataan ringkas RPO. Adinda Sultan Johor, Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut mengesahkan…










