Bomba bantu buang cincin terlekat pada jari kanak-kanak - Utusan Malaysia

Bomba bantu buang cincin terlekat pada jari kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Seorang kanak-kanak lelaki dari Kampung Panggong di sini terpaksa mendapatkan bantuan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat bagi membuang sebentuk cincin yang dipakai dijarinya.

Mangsa, Muhammad Shariza Al-Akiq Mohammad Azri, 6, bertindak menyarung cincin yang bersaiz kecil pada jari manisnya sejak awal pagi tadi menyebabkan jari tangan kanannya semakin bengkak. 

Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 9.51 pagi sebelum bergegas ke rumah mangsa bersama lima anggota.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh oleh keluarganya untuk tindakan lanjut. 

“Anggota bertugas memulakan kerja-kerja operasi memotong cincin yang terlekat di jari mangsa dengan menggunakan alat pemotong cincin.

“Dalam tempoh 10 minit cincin tersebut berjaya dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN