KANGAR – Sebuah bilik asrama di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis, Jalan Padang Behor di sini hangus dijilat api dalam kebakaran kira-kira pukul 11.26 pagi hari ini. Penolong Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Shafarol Abd. Rahim berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana tiada penuntut berada di lokasi kejadian semasa kebakaran itu berlaku. “Semasa kejadian, penghuni asrama wanita institut itu sedang mengikuti kelas di bangunan lain.…










