REMBAU 24 Jun – Tindakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang bertindak meninggalkan gabungan itu serta pemimpin UMNO yang keluar parti perlu dibiarkan dan tidak sepatutnya menjejaskan mereka yang masih setia. Malah secara sinis, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan syukur dengan tindakan tersebut. “Kepada mereka yang lari meninggalkan BN, syukur Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Kampung Tanjung,…










