KUALA LUMPUR 12 Jun – Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) tidak pernah mengamalkan monopoli beras di negara ini, sebaliknya menunaikan tanggungjawab sosial. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ismail Mohamed Yusoff berkata, ini kerana pihaknya hanya memiliki 28 kilang beras daripada 180 buah kilang beras di seluruh negara. Malah, katanya, kebanyakan kilang beras di negara ini adalah hak milik persendirian. “Kami akan bekerjasama dengan kerajaan bagi memberi hanya yang terbaik untuk negara . “Beras…











