Berkeras guna bahasa Mandarin - Utusan Malaysia

Berkeras guna bahasa Mandarin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Kewa­ngan, Lim Guan Eng semalam me­rujuk kepada Perlembagaan Perseku­tuan bagi mempertahankan penggunaan ba­hasa Mandarin dalam kenya­taan rasmi kemente­riannya selepas didakwa tidak menghormati ba­hasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Dalam satu kenya­taan berbahasa Mandarin yang di­terjemahkan oleh FMT, Setiausaha Agung DAP itu berkata, penggunaan bahasa berkenaan melam­bangkan pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap aspek kepelbagaian bahasa dan globalisasi.

“Menurut Perlembagaan Persekutuan, tiada mana-mana orang boleh dihalang daripada bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain. Atas semangat perlembagaan, apa salahnya mengeluarkan kenya­taan media yang diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin dan bahasa lain?” soalnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Reaksi Guan Eng itu sebagai menjawab kritikan ramai terhadap tindakannya mengeluarkan kenya­taan dalam tiga bahasa iaitu ba­hasa Me­layu, Inggeris dan Mandarin ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange pada Khamis lalu.

Namun demikian, selepas menerima kecaman bertali arus daripada pelbagai pihak, pada lewat petang semalam, Guan Eng mengeluarkan satu kenyataan lain bagi memperjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu kontroversi.

Beliau menjelaskan, adalah tidak benar dakwaan bahawa bahasa Mandarin telah menggantikan bahasa Me­layu sebagai bahasa rasmi Kementerian Kewangan.

Kenyataan rasmi bahasa Melayu akan diterjemahkan kepada bahasa Inggeris untuk kegunaan media antara­bangsa dan sekali-sekala di­terjemahkan ke dalam bahasa Mandarin jika ada ke­perluan,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini