KUCHING 7 Jun – Lebih 500 umat Islam di sekitar bandar raya ini menyertai Program ‘World Quran Hour’ yang diadakan di Mydin Vista Tunku di sini pagi ini. Matlamat program itu adalah untuk menginspirasi dan mengajak umat Islam berinteraksi dengan al-Quran sekurang-kurangnya sejam sehari secara berterusan. Ia adalah anjuran Rumah Ngaji Sarawak, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Mydin Vista Tunku, Pusat Maklumat Islam(IIC) dan Pustaka Negeri Sarawak. Ketua Unit al-…










