TERSENYUM saya membaca tulisan seorang rakan di dalam akaun laman sosialnya mengenai adab-adab atau tip bertandang ke rumah sanak saudara atau kawan-kawan dalam sebulan kita berhari raya ini. Antara yang paling mencuit hati kerana saya turut mengalami pengalaman yang sama sebagai tuan rumah – janganlah pandai-pandai atau rajin sangat hendak menghantar pinggan atau gelas yang sudah digunakan ke dapur dengan tujuan untuk membasuhnya, jika telah dilarang berulang kali oleh tuan…










