ALOR SETAR – Kerajaan negeri mendakwa masih belum menerima cadangan daripada pemaju hartanah, Tan Sri Ting Pek Khiing untuk melaksanakan pembangunan Projek Bandar Raya Baharu Langkawi yang bernilai kira-kira RM30 bilion di pulau peranginan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya hairan dengan pengumuman pemaju hartanah itu kerana projek itu tidak pernah dicadang, dibincang, dipertimbang dan diluluskan kerajaan negeri pimpinannya sekarang. “Projek tersebut pernah dicadangkan sewaktu saya memegang…










