Belgium tewaskan Mesir 3-0 - Utusan Malaysia

Belgium tewaskan Mesir 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS 7 Jun – Belgium membuat Mesir tersentak menjelang persediaan menghadapi Piala Dunia 2018 apabila meraih kemenangan 3-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa biarpun tanpa khidmat pemain pertahanan utama, Vincent Kompany.

Dalam perlawanan tersebut tuan rumah mengekalkan formasi tiga pertahanan malah Belgium yang bakal menjadi seteru utama England di peringkat kumpulan dilihat amat berbisa di bahagian serangan berbanding ketika seri menentang Portugal pada Sabtu lalu.

Romelu Lukaku menjadi pilihan utama di bahagian serangan dalam kesebelasan utama berbanding Michy Batshuayi dan berupaya meledak masuk dari jarak dekat pada minit ke-27 apabila penjaga gol Mesir berusia 45 tahun, Essam El-Hadary menumbuk keluar percubaan Eden Hazard.

Memuatkan artikel berkaitan…

Belgium terus menambah jaringan menerusi pemain tengah Chelsea, Hazard yang menjadikan kedudukan 2-0 11 minit kemudian.

Batshuayi yang masuk menggantikan Lukaku dapat mengumpan gol ketiga kepada Marouane Fellaini ketika masa kecederaan bagi melengkapkan enam perlawanan berturut-turut tanpa kemenangan buat Mesir.

Jurulatih Belgium, Roberto Martinez memuji persembahan yang dipamerkan anak buahnya selain anggap kesemua pemain sudah mempunyai keserasian sebagai satu pasukan selain berupaya mempamerkan corak serangan menakjubkan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini