PUTRAJAYA 13 Jun – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menegaskan bahawa Malaysia tidak mempunyai masalah dari segi bekalan beras dalam negara. Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras (IPB) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Shamsuddin Ismail berkata, negara mengeluarkan sebanyak 73 peratus beras tempatan dan selebihnya ditampung dengan import yang dilaksanakan melalui kontrak jangka panjang. “Walaubagaimanapun, bagi memastikan sekuriti makanan terjamin, kerajaan sedang meneliti secara holistik berkaitan dengan pengurusan…











