Bazar Ramadan: PPBM buat laporan polis - Utusan Malaysia

Bazar Ramadan: PPBM buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Jun – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meminta polis dan Suruhanjaya Pencegahan Ra­­suah Malaysia (SPRM) menyia­sat penyalahgunaan kuasa politik pemimpin Pemuda parti itu berhubung sewa tapak bazar Ramadan di Kuala Lumpur.

Ini berikutan kontroversi yang melanda pemimpin Pemuda PPBM Bukit Bintang, Mohd. Noorhisyam Abdul Karim yang didakwa menggunakan kuasa politik untuk mengutip jumlah sewa berlebihan daripada peniaga bazar Ramadan di sini.

Gesaan itu dibuat melalui satu laporan polis yang dibuat pada 14 Jun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya turut membuat aduan kepada jawatankuasa disiplin parti terhadap Mohd Noorhisyam berhubung isu tersebut.

“Laporan polis dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Dr. Muhammad Faiz Na’aman pada 14 Jun lalu iaitu pada hari skandal tersebut tersebar,” katanya kepada akhbar The Star di sini hari ini.

Sebelum ini, Mohd. Noor­hisyam dituduh me­ngutip wang sehingga RM5,000 daripada peniaga bazar di Jalan Masjid India setelah didakwa me­nyalahgunakan hubungan politiknya untuk mendapatkan 80 lot bazar dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Surat dari DBKL kepada Mohd Noorhisyam menunjukkan bahawa 80 lot telah diluluskan selama sembilan hari dengan bayaran hanya RM6,238.

Turut terseret dalam skandal tersebut adalah Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun kerana beliau menulis surat kepada DBKL yang menyokong permohonan Mohd. Noorhisyam untuk menyewa lot terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini