Batuan Tengah bukan untuk tujuan ketenteraan - Utusan Malaysia

Batuan Tengah bukan untuk tujuan ketenteraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 28 Jun – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyatakan kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan berhubung membangunkan Batuan Tengah menjadi sebuah pulau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam wawancara bersama Channel News Asia, beliau juga berkata, apa sahaja keputusan yang dibuat berkaitan Batuan Tengah, ia tidak akan digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Komen itu dikeluarkan selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang pertimbangkan untuk memperluaskan Batuan Tengah dan membangunkannya menjadi ‘pulau kecil’.

“Mungkin kita boleh meletakkan pengawal di situ tetapi bukan untuk kapal perang atau apa sahaja.

“Apa yang jelas, itu adalah kawasan kita dan kita boleh lakukan apa yang kita mahu tetapi bukan untuk tujuan ketenteraan,” ujar Mohamad Sabu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN